Thursday, August 06, 2009

Tika bulan MENGAMBANG...

Dear Bloggers...
Malam semalam bulan mengambang....
apa aktiviti korang time bulan mengambang ek?
Ada yang jadi WEREWOLF kah?
Ada yang GILA MEROYAN kah?
(my besfren kata... kalau time full moon.. banyak je kes kemasukan kat wad psikiatrik jagaan dia... ishhh ishhh... ada kaitan ke?)
*
*
*
Tapi kawan-kawan sekalian...
FULL MOON semalam bukan FULL MOON sembarangan!!
Malam semalam...
MALAM NISFU SYA'ABAN
Malam di mana buku amal makruf dan mungkar kita ditukar baru
Cuba kita ta'aruf setahun yang lalu...
Banyak mana la agaknyer dosa dan pahala yang telah dihitung?
Buku yang kanan lebih berat kah?
Atau yang sebelah kiri? Nauzubillah...
Antara Raqib dan A'tid yang mana lagi banyak
mencatat daftar amal kita setahun yang lalu?
*
*
*
Apa kata tahun ini kita sama-sama
mengisi buku pahala di bahu kanan...
kurangkan mengisi buku dosa di bahu kiri
Hidup di zaman serba canggih ini...
kadang-kadang isu pahala dan dosa dipandang remeh
Almaklumlah tidak dipertontonkan kepada kita
'YEARLY ACHIEVEMENT' itu
Tiada merit...
tiada bonus...
tiada kenaikan pangkat
sekiranya catatan pahala melebihi
*
*
Namun semua ini sesuatu hitungan yang pasti
di Padang Masyhar nanti!!!
Di ketika itu...
segala dosa pahala walaupun sebesar hama,
akan membawa kita selangkah lebih dekat ke pintu syurga....
ataupun SEBALIKNYA
Subhanallah!!
*
*
Marilah kita saling berpesan-pesan...
kerana sesungguhnya...
saling ingat mengingatkan itu satu ibadah...
penambah pahala
InsyaAllah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...