Friday, August 21, 2009

Salam RAMADHAN :)

Dear Bloggers...
Esok Ramadhan bakal menjelma
Sebulan kita akan berpuasa
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan
sihat tubuh badan dan
tanpa sebarang kesulitan
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita penuhi
dengan penuh keimanan, amal dan taqwa
*
*
Walaupun amal kebaikan ini
perlu ada sentiasa...
tidak kira waktu dan ketika
namun... daripada tidak melakukan apa-apa...
tidak mengambil langkah pertama untuk memulakannya...
semuanya sia-sia semata
Dengan itu, marilah kita sama-sama menjadikan
Ramadhan tahun ini satu titik permulaan
ke arah lebih banyak kebaikan di masa akan datang
*
*
Peliharalah mata, lidah, telinga,
perbuatan dan segala
Beribadatlah dengan penuh keikhlasan
Berbukalah seadanya
Berbelanjalah secara sederhana
*
*
Semoga Ramadhan kali ini lebih berkah
daripada yang sebelum-sebelumnya
dan semoga Allah
membuka pintu hati kita
untuk melakukan lebih banyak
amal soleh di masa akan datang
*
*
Jika Nur Ilahi sudah meresap ke dalam jiwa
sejahat-jahat insan akan
insaf... tunduk dan bertaubat kepadaNya
InsyaAllah

Kawan-kawan sekalian...
jangan lupa niat puasa Ramadhan ye
*
*
Seelok-eloknya... bacalah niat puasa Ramadhan
untuk sebulan terus
Manalah tau dah sibuk-sibuk nanti
terlupa nak baca niat coz terlepas sahur etc...
tak sah pulak puasa
*
*
Dan sudah semestinya...
niat berbuka jangan dilupa
Kalau tak hafal...
Bismillah pun memadai
daripada tak baca apa-apa
*
*
Semoga kita semua
dikurniakan kekuatan
untuk menjalani ibadah puasa
dan seterusnya
mendapat keberkatanNya
Insya Allah
Assalamualaikum



4 comments:

Drama Mama said...

salam blog hopping here. selamat menyambut ramadhan al mubarak to u and family. thanks for sharing the doa's untuk reference bila terlupa :-)

Masyithah Ma'arof said...

hi drama mama :) tq 4 hopping by. u r most welcome. selamat berpuasa untuk u n family juga :)

:: vErde+hAzizi :: said...

salam...hey babe...

Mr.Doc & I wish U & Family Salam Ramadhan Al-Mubarak...

semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan :D

Masyithah Ma'arof said...

hi verde+mr.doc: salam ramadhan to both of u jugak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...