Friday, September 04, 2009

Tak boleh dapat EXTRA ke?

Dear Bloggers...
Time-time nak dekat raya ni macam-macam aktiviti
di luar portfolio rutin harian kita
Di antaranya... menukar duit raya
Korang dah tukar duit raya blum?
Almaklumle...kalau dalam sampul tu ada ada duit baru....
cam ada extra ummmmph!!!
Walaupun nilainya sama je dengan duit yang dah bacin...
bau 'wangi' duit baru tu macam membawa
kegembiraan yang berlimpah ganda!!!
Kalau dapat yang duit kaler kelabu tu...
siap leh cium-cium bau bank lagi... hehehehe
*
*
Cam tak best kalau selak-selak sampul duit raya...
kuar duit kepam... bau pasar borong.. bau ikan masin
Apa-apa pun... rezeki jangan ditolak...
dan bersyukurlah di atas apa yang ada
Silap-silap hari bulan...
kerek tak bertempat, mau tak merasa duit raya nanti!!!
Haaaa!! Padan muka!!
Cop!!! Korang semua ni
kategori layak dapat duit raya lagi ke?
Hehehehe :)
*
*
*
Tapi yang tak bestnya... tahun ni bank cam kedekut la
Bukan kedekut duit baru...
tapi kedekut sampul duit raya!
Tadi CIMB bagi SEPULUH keping je...
sedangkan amount yang ditukar tu kurang-kurangnya
boleh le dapat DUA, TIGA PULUH keping
Taik idung masin betul laaaa....
Yang kaler biru tu plak... dapat kat Guardian tadi
LIMA keping je beb... ishhhh...
mana cukup LIMA BELAS keping je
Ngam-ngam bagi anak buah je
Ada sesiapa yang kerja bank ke...
kilang cetak sampul duit raya ke....
Saya nak sampul duit raya EXTRA
dalam TUJUH PULUH keping boleh?
Terima kasih daun keladi..
Kalau boleh bagi SERATUS keping...
lagi saya suka hati!!!
Kalau nak bagi sampul duit raya beserta DUIT RAYA...
lagiiiiiiii saya suka suka sukaaa!!!
*
*
Chalo darlings!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...