Tuesday, September 01, 2009

SUSUK... 5 minit je nak pakai!!

Dear Bloggers...

Zaman sekarang dah moden...
warga Malaysia pun dah naik ke bulan!
Walaupun begitu..
ramai juga orang yang masih
mengamalkan SUSUK
Kalau tidak
takkan le ade filem ni...

Korang sempat tengok ke?
Aku tak sempat laa
OK tak cite dia?
Ramai yang kata best

*
*
Susuk tu dah nyata-nyata haram...
sudah la tu, banyak la pulak
pantang larangnya
Tak boleh makan sate la...
tak boleh makan labu la...
tak boleh lalu bawah ampaian kain la..
dan macam-macam lagi lah!
Manusia ni kadang-kadang sesaja buat tak tau
demi mengejar duniawi
*
*
*
Tapi today...
aku nak cerita pasal
SUSUK MODEN
InsyaAllah halal

Pemakainya akan menjadi 'kebal'
kebal dek 'tusukan arjuna'... hehehehe
InsyaAllah tusukan itu tidak
membuahkan 'hasil' la
'Kekebalan' itu juga memastikan
si pemakainya sentiasa ramping
dan mengekalkan bentuk badan
seperti anak dara
tapi bukan masuk jarum emas... or jarum berlian
tapi jarum plastik
Proses memasukkan susuk tidaklah sakit
dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja
Walapun susuk ini harganya agak mahal...
tetapi kesan positif daripada pemakaiannya
dianggap berbaloi
Anda berminat?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Inilah dia SUSUK itu

IMPLANON
Kita cite yang simple-simple aje

Coz kalau nak baca yang lebih lanjut...
korang leh klik kat
http://www.implanon.com.my/bm/whatisimplanon.htm
ada BM dan BI... very informative
video ringkas cara memasukkan dan mengeluarkan
Implanon pun ade kat website tu
Tak payah le nak kopi pes kat sini ye
*
*
Ramai yang cam ngeri bila nak masukkan
Implanon di bawah kulit
Implanon ni sebenarnya kecik je

Tu... yang kaler putih macam
pencungkil gigi tu
Kecil sangat... susah sikit nak snap pic
almaklum le amatur berkamera cikai sahaja
Tak puas hati?

OK... ni ada gambo lagi



Side by side dengan jarum peniti tudung
alaaahhh.... jarum standard yang semat tudung tu


Masa nak masukkan tu...
nampak macam sakit
Tapi jangan risau...
Dr dah bagi ubat bius cukup-cukup
rasa kulit kene sentuh je
tapi tak sakit
Kalau takut... takyah tengok
paling je muka ke arah lain
5 minit je siap!
Series cepat
Takde jahit-jahit
Takde berdarah-darah
Letak plaster kecik je memadai


Hasilnya....

Yang ni bukan tangan tuan punya blog
Tangan tuan punya blog extra gebus...
so Implanon tu cam tenggelam di dalam lemak
hehehehehe

Kalau lalukan jari atas kulit tu...
boleh rasa Implanon tu
Kalau tekan-tekan sikit pun tak sakit
Tak menjejaskan fungsi tangan ke apa ke
Sehari dua tu cam sengal-sengal sikit...
lepas tu tak rasa apa dah
Memang Implanon ni Dr akan masukkan
bawah kulit bahagian lengan kiri atau kanan je
*
*
Jangka hayat Implanon ni TIGA tahun...
sepanjang TIGA tahun tu
InsyaAllah takde masalah
dan so far takde lagi la laporan kes mengatakan
Implanon ni bertukar tempat ke...
absorb dalam kulit ke
Dr masukkan bawah kulit je..
so jangan risau ye
*
*
Takut lupa tarikh nak keluarkan?
Jangan risau...
kalau kita masukkan Implanon...
Dr akan bagi card Implanon
ada date of insertion...
dan date of removal
dan kat lengan sebelah mana Implanon tu



Jadi... simpan sahajalah di tempat selamat

*
*
Bila sudah tamat tempoh TIGA tahun...
bolehlah keluarkan Implanon tu
Kalau terlambat sikit pun takpe...
Implanon dalam lengan tu tak datangkan mudarat
Cumanya.... dah tak protective aje lah
Kalau dah expire... terlupa... dan ter'projek'
alamat 'kekebalan' tiada lagi la!!!
Kalau tiba-tiba nak keluarkan before TIGA tahun,
boleh aje
Takde pantang larangnya
Time nak keluarkan tu nanti...
Dr akan cucuk ubat bius setempat kat
tempat masuk Implanon tu
Dr akan potong sikit...
sekadar membolehkan hujung Implanon itu kelihatan
Then Dr akan tarik je keluar
Dalam 5 minit je siap!
Tak payah jahit pun tempat Dr potong tu
coz kecik je luka dia
Hardly any blood loss!!
*
*
*
Ramai yang lebih selesa dengan cara
perancang keluarga sebegini
Tak payah nak cucuk-cucuk bontot
Tak payah nak telan pil hari-hari
Tak payah nak beli 'stokin'
Tak payah nak kira-kira tarikh
Tapi terpulanglah kepada individu masing-masing
Kalau ada sesiapa yang nak bertanya...
bolehlah tinggalkan pertanyaan di comment box saya ye
InsyaAllah saya akan membantu seboleh daya
Kalau tidak...
rujuk sahaja ke Dr yang bertauliah
InsyaAllah kemusykilan anda akan terjawab
*
*
Chalo darlings!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...