Saturday, September 19, 2009

1 SYAWAL datang lagi!

Dear Bloggers...

Bulan Ramadhan yang barakah sudah sampai ke penghujungnya
Semoga puasa dan amal ibadat kita
sebulan yang lalu diterima Allah
InsyaAllah
Dalam keseronokan berbelanja menjelang Syawal....
zakat fitrah jangan dilupa
*
*
Jika Ramadhan kali ini telah menjadi titik tolak hijrah diri...
janganlah disia-siakan perjuangan itu
Teruskanlah amal makruf itu di masa akan datang kerana
InsyaAllah keberkatan yang kita cari di kehidupan sementara ini
bakal menentukan untung rugi dan hala tuju
di kehidupan yang azali... sesudah mati nanti
*
*
Alam barzakh yang penuh dugaan itu wajib ditempuhi...
Hari akhirat itu pasti datang...
Perhitungan dosa pahala pasti berlaku...
Syurga dan neraka itu benar...
Sudahkah kita bersedia sekiranya
esok 'Iz-rail datang memanggil?
Subhanallah!
*
*
Seperti firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum itu
sehingga mereka sendiri
mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-
*
*
1 Syawal datang lagi
Pohonlah kemaafan dari ayahanda, bonda, adik beradik,
sanak saudara, sahabat handai dan semua
Sambutlah Syawal seadanya
Ambillah peluang untuk ziarah menziarahi
Yang jauh didekat-dekatkan....
yang dekat dimesra-mesrakan
Semoga saat-saat indah bersama insan-insan tersayang
bakal dikenang selama-lamanya
*
*
Di kesempatan ini
saya sekeluarga mengambil peluang untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan
Maaf Zahir Batin
kepada semua bloggers dan
sesiapa sahaja yang mengenali diri ini







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...