Wednesday, September 30, 2009

MENUMIS bawang di MUKA!!

Dear Bloggers...

Do you suffer from OILY FACE?


I DO!!

Serius TAK SUKA!!
By late morning my T zone is sticky and oily....
"Ye puan-puan... pagi ni kita nak masak apa ye?
Sila tumis bawang di muka saya... hehehe"
Ruining the makeup... blotchy... yuccckkss!!
Apa lagi... capai ajelah....



Tapi.... itu pun tahan kejap je
An hour later... it's OILY again
So... what to do?
So... what to tepek-tepek?
Keep on blotching sampai sebekas ni tahan seminggu je?
Gi ladies basuh muka? Yeah rite... macam la sempat!

FRET NO MORE!!
I found this!! Best best!!




Apa ni ye?
Review at http://www.sephora.com/ kata...

Givenchy Mister Mat
Mattifying Foundation Primer
What is it:
A mattifying powder gel.
What it does:
Givenchy Mister Mat Mattifying Foundation Primer is
a soft skin primer that can be used alone
or under makeup for a velvety smooth complexion.
The lightweight fluid softens and hydrates
with silicone gum extracts;
and plant extracts work to control sebum production,
which provides a long-lasting matte effect that remains
light enough to let skin breathe.
The subtle light-blue pearlescent shimmers counteract
a dull look and minimize the appearance of large pores,
leaving skin looking bright and glowing with health
*
*
I dah gi survey harga....
0.8oz/25ml RM108
kata SA kat kaunter Givenchy tu
Tapi takde stok, so... I mintak sample...
I read online once....
"I you are buying a new product,
get the sample or smallest size fisrt as trial.
The product might not suit you well.
And if that it so.... no money (or less money) goes to waste!"
Kinda pricy coz tak le banyak mana
Tapi... nak pakai pun tak banyak mana
Everytime apply kat area T zone saiz kacang hijau je
YES!!
Sikit je.... so the whole tube will last you at least 1 year
*
*
I applied MISTER MAT after my moisturizer today....
followed by my 2 way cake foundation
around 630am gitu...
Ye... saya malas nak tepek macam-macam
I am not a make up person
+ lipstick and off I go
10am - muka maintain tak oily
(selalunye dah boleh menumis ni)
12noon - still OK
2pm - baru oily sikit, itu pun kat tepi hidung je
Cun lah!! Ada kemajuan
Esok nak pakai MISTER MAT lagi...
korang nak cuba tak?
Gi la testing kat kaunter Givenchy
Kalau yang lelaki pon boleh pakai tau coz product ni takde color
Nampak matte je... sempoi!!
Sure aweks jeling-jeling... jelez la tu.... hehehe
Berbaloi baloi!!!
*
*
Chalo darlings!!








Monday, September 28, 2009

Sedap GILER!!! Series tak tipu!!!

Dear Bloggers....
Kek coklat ini bukan calang-calang kek coklat
Ini KEK COKLAT KUKUS
SANGAT moist!!
SANGAT chocolaty!!
SANGAT sedap!!
SANGAT tak boleh berhenti makan!!
Dah la bersalut dengan CHOC FUDGE tebal
Ada pulak GRATED CHOC kat atas
Banyak plak tu!!
Huih!!! Sekelip mata dah tinggal separuh
Tebal... padat.... mampat dengan
COKLAT!!
Kalau korang suka coklat...
rugi siot kalau tak makan
KEK KUKUS COKLAT ni!!
Pergggghhhh!!! Tengok tu... MOIST giler!!
Tak cukup zoom?
Haaaa!! Tengok puas-puas...
FINE texture
Kalau potong pun tak berderai coz kek ni moist
Kalau dah kek kukus kan... mesti la lagi moist
daripada kek yang dibakar
*
*
Amacam?
KELIUR tak?
Antara komen-komen yang telah diterima sepanjang seminggu raya ni...
(kek ni 'produk' terbaru CHICK STUFFS... launched time raya tempoh hari)
"Series sedap... makan tak boleh berhenti... mula-mula cuit sikit je...
then cuit lagi dan lagi dan lagi.... alamak!!!
Dah dekat suku akak makan sorang-sorang!!" - Kak Nora
*
"Tak sampai sejam anak akak bertiga serbu kek tu....
LICIN!!!" - Kak Rosmah
*
"Mak tak nak tating kek ni kat tetamu... mak nak enjoy
makan sorang-sorang" - Ibu mertuaku
*
"Dah... dah... jangan buat lagi kek ni.
Berapa kilo coklat letak kat dalam?
Makan tak boleh stop!! Rosak diet!!" - Aboi
*
"Nanti mama nak order 3 biji bawak gi
jamuan kat ofis" - Mama tersayang
*
"Kalau before makan masukkan sekejap dalam microwave... then top up dengan ais krim vanila... rasa ala-ala Chili's molten chocolate cake" - Unky
*
*
Korang nak ORDER tak?
Roughly 1.3kg / diameter 7 inci = RM45
Siap dengan toppings
CHOC FUDGE dan GRATED CHOC
choc fudge made with dark choc and whipped cream... bukan choc serbuk
Kalau serve time open house... sure habis licin tetamu makan
Ntah-ntah sedap sangat, tuan umah tak jadi nak serve....
buat stok sendirian berhad
Kalau nak celebrate birthday pon boleh aje
Cepat cepat email saya untuk order:
*
*
*
Made with the finest ingredients....
Ditanggung Halal InsyaAllah
Steamed to perfection
Every bite is deliciously sinful!!
Tak percaya?
Rasalah sendiri
*
*
Chalo darlings!

Tuesday, September 22, 2009

Back in BUSINESS!

Dear Bloggers...

I'm back in the kitchen after a looooooong hault
Alhamdulillah.... lutut kiri ni dah beransur sembuh
Dah boleh berdiri menimbang tepung... gula... butter and sebagainya
Bestnye dah boleh jalan tak pakai crutches
Cuma naik turun tangga tu masih kene pakai crutch lagi
coz rasa tak konfiden nak melangkah naik dan turun
All in all I'm thrilled coz I am
BACK IN BUSINESS!!
Orders for cupcakes
and cakes (will update later)
are open again!
*
*
Mari kita jamu mata dengan koleksi-koleksi cupcakes terdahulu







Shamala ordered 40 M size cupcakes for her
beloved sons birthday party
She chose green for the theme color
Thank you Shamala for your order :)
*
*







Special request from Dr. Nurul for her farewell party
Each cupcake is decorated with her buddy's name
I enjoyed decorating every single cupcake and
was really satisfied with the end products!
Thank you Dr. Nurul for your order :)
*
*






Southpark cartoon character
Requested by Dr. Haniza
Premium Cupcakes with consists of
16 L size moist chocolate cupcakes with
plenty of chocolate chips inside and
topped with thick gooey rich choc fudge
To die for cupcakes if you are a chocolate addict just like
Dr. Haniza
Thanks a bunch for your order!!
*
*
If you are interested to place your orders...
just email me at:

*
*
*

Chalo darlings!




Saturday, September 19, 2009

1 SYAWAL datang lagi!

Dear Bloggers...

Bulan Ramadhan yang barakah sudah sampai ke penghujungnya
Semoga puasa dan amal ibadat kita
sebulan yang lalu diterima Allah
InsyaAllah
Dalam keseronokan berbelanja menjelang Syawal....
zakat fitrah jangan dilupa
*
*
Jika Ramadhan kali ini telah menjadi titik tolak hijrah diri...
janganlah disia-siakan perjuangan itu
Teruskanlah amal makruf itu di masa akan datang kerana
InsyaAllah keberkatan yang kita cari di kehidupan sementara ini
bakal menentukan untung rugi dan hala tuju
di kehidupan yang azali... sesudah mati nanti
*
*
Alam barzakh yang penuh dugaan itu wajib ditempuhi...
Hari akhirat itu pasti datang...
Perhitungan dosa pahala pasti berlaku...
Syurga dan neraka itu benar...
Sudahkah kita bersedia sekiranya
esok 'Iz-rail datang memanggil?
Subhanallah!
*
*
Seperti firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum itu
sehingga mereka sendiri
mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-
*
*
1 Syawal datang lagi
Pohonlah kemaafan dari ayahanda, bonda, adik beradik,
sanak saudara, sahabat handai dan semua
Sambutlah Syawal seadanya
Ambillah peluang untuk ziarah menziarahi
Yang jauh didekat-dekatkan....
yang dekat dimesra-mesrakan
Semoga saat-saat indah bersama insan-insan tersayang
bakal dikenang selama-lamanya
*
*
Di kesempatan ini
saya sekeluarga mengambil peluang untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan
Maaf Zahir Batin
kepada semua bloggers dan
sesiapa sahaja yang mengenali diri ini







Monday, September 14, 2009

BLING BLING!!

Dear Bloggers...
Excitednya pegi ambik baju kurung raya semalam!!
Baju kurungnya mak dan mak lang yang tolong jahit
Siap jahit sembat dan leher tulang belut tu!!
Saya pandai buat cupcakes saja.... saya tidak pandai menjahit baju
Harap maklum.... hehehe
So... pegi ambik dari rumah beading expert le gamaknyer semalam
Hasil tangan Zai yang cukup mengujakan tuan punye baju
Cantik banget!!
Cukup puas hati!!
BLING BLING!!!
Tak rugi hantar tempah kat Zai
Series berbaloi I tell you!!
Tak sabar nak melaram di pagi raya
Jom jom.... saya tunjuk lagi
*
*
*
*
*
*
*
*
Shimering Flora nama design ni
Series cantik kan?
Padat betul beadings kat hujung lengan baju ni
Yang ni pun Shimering Flora gak
Sebab berkenan sangat.... dua-dua helai baju mintak design sama.... hehehehe
Best best... sangat-sangat suka!
Thank you Zai
Nanti-nanti saya hantar baju lagi utk beadings ek
*
*
*
*
 Kepada kawan-kawan sekalian
yang tak sempat hantar baju untuk beadings sempena Aidilfitri ni...
jangan risau... jangan gundah gulana....
cepat-cepatlah booking slot untuk beadings Hari Raya Haji!
Saya dalam perancangan nak hantar at least sehelai ni
Kali ni nak hantar baju plain plak
Buat design lain yang mengancam gak!
*
*
Chalo darlings!!

Sunday, September 13, 2009

LUV the movie!

Dear Bloggers...
It has been a while since I'm updating
I got back to work on Tuesday and it was kinda busy
But I did manage to catch this movie on the opening day
The movie was GREAT and HILARIOUS
I totally enjoyed myself
*
*
The real world of dating sucks...
sumtimes you hev to pretend to be sumthing that you are not,
just to catch a 'big fish'!
sumtimes you just have to be shallow and a bimbo,
just to get that dream guy that you hev been dying for!
*
*
I can bet nearly 90% of you gals out there have a
CHECKLIST of  "How a PERFECT partner shud be"
And I'm not wrong to say...
how many lucky gals out there
manage to get a partner that fulfill even half of the criterias
that hev been carefully written in that loooooooong list!!!
NOT EVEN a HANDFUL!
Well... that's the
UGLY TRUTH!!!
One of the best romantic comedy this year
Personally... I prefer this movie to The Proposal
Why dont you go and watch it yourself?
If you are sucker for romantic comedies (like me)...
you SHOULDN'T MISS
THE UGLY TRUTH for the world!!!
I won't spoil the fun by giving you the synopsis :)
But I really wanna watch it again!!
*
*
Chalo darlings!!

Wednesday, September 09, 2009

Lagu RAYA!

Dear Bloggers...
Tak lama lagi Syawal bakal menjelma
Kat corong-corong radio dah mula pasang lagu raya
So... kat CHICKSTUFFS pun begitu juga!
Enjoy :)
Btw... apa lagu raya favorite korang ye?
Saya suka lagu raya
Anuar dan Elina
Suasana Hari Raya!
*
*
Chalo darlings!

Sunday, September 06, 2009

Opocot... TERBALIK la pulak!

Dear Bloggers...
Bestnya cuti di hujung minggu
What are you guys up to today?
As for me... teringin plak nak baking
Decided to try out sumthing new...
asyik baking cupcakes je
So... inilah hasilnya
My very own first
PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE
Amcam?
Nampak menarik tak?
Extra cherries since sepeket tu cam ada banyak la pulak
Lagipun banyak merah-merah...
lebih berseri... hehehe
Tak sabarnya nak menunggu waktu berbuka!!
Akibat gatal tangan...
sejuk je kek ni, terus potong!
Excited nak tengok texturenya... hehehe
Hmmmm..... nampak sangat moist!!
Tuan kek sangat hepi dan sangat tak sabar
menunggu waktu berbuka
Harap-harap rasanya tak mengecewakan
Kalau sedap... time raya nanti boleh la buat sebiji lagi :)
*
*
*
Selamat menunggu waktu berbuka! *
*
*
Chalo darlings

Friday, September 04, 2009

Tak boleh dapat EXTRA ke?

Dear Bloggers...
Time-time nak dekat raya ni macam-macam aktiviti
di luar portfolio rutin harian kita
Di antaranya... menukar duit raya
Korang dah tukar duit raya blum?
Almaklumle...kalau dalam sampul tu ada ada duit baru....
cam ada extra ummmmph!!!
Walaupun nilainya sama je dengan duit yang dah bacin...
bau 'wangi' duit baru tu macam membawa
kegembiraan yang berlimpah ganda!!!
Kalau dapat yang duit kaler kelabu tu...
siap leh cium-cium bau bank lagi... hehehehe
*
*
Cam tak best kalau selak-selak sampul duit raya...
kuar duit kepam... bau pasar borong.. bau ikan masin
Apa-apa pun... rezeki jangan ditolak...
dan bersyukurlah di atas apa yang ada
Silap-silap hari bulan...
kerek tak bertempat, mau tak merasa duit raya nanti!!!
Haaaa!! Padan muka!!
Cop!!! Korang semua ni
kategori layak dapat duit raya lagi ke?
Hehehehe :)
*
*
*
Tapi yang tak bestnya... tahun ni bank cam kedekut la
Bukan kedekut duit baru...
tapi kedekut sampul duit raya!
Tadi CIMB bagi SEPULUH keping je...
sedangkan amount yang ditukar tu kurang-kurangnya
boleh le dapat DUA, TIGA PULUH keping
Taik idung masin betul laaaa....
Yang kaler biru tu plak... dapat kat Guardian tadi
LIMA keping je beb... ishhhh...
mana cukup LIMA BELAS keping je
Ngam-ngam bagi anak buah je
Ada sesiapa yang kerja bank ke...
kilang cetak sampul duit raya ke....
Saya nak sampul duit raya EXTRA
dalam TUJUH PULUH keping boleh?
Terima kasih daun keladi..
Kalau boleh bagi SERATUS keping...
lagi saya suka hati!!!
Kalau nak bagi sampul duit raya beserta DUIT RAYA...
lagiiiiiiii saya suka suka sukaaa!!!
*
*
Chalo darlings!!



Wednesday, September 02, 2009

ANGGUN BERGAYA di HARI RAYA...

Dear Bloggers...
Tiada wanita di dunia ini yang
tidak ingin kelihatan cantik,
ramping dan menawan serta
anggun menggayakan apa fesyen sekalipun!
TAPI
Nak berdiet itu
SEKSA!!
Nak exercise itu juga
SEKSA!!
Nak ke slimming center, budgetnya
SEKSA!!
*
*
Aidilfitri bakal menjelma
Teringin nak pakai kebaya...
Aduuuuhh! Cantiknyeee!!!
Ramping!
Terletak je kebaya tu...
sure ramai yang jeles kan?
Nak hour glass figure??
Siapa yang tak nak??
Kalau tak payah nak kerja keras...
tak payah diet dan exercise separa mati... 
boleh dapat instant...
budget pun kira mampu...
lagi la nak!!
Betul tak?
Apa kata cuba ini...
Yes!!!
RM1900 sahaja
100% AUTHENTIC HAI-O PRODUCT
100% BRAND NEW
100% QUALITY GUARANTEED
BUKAN ITEM REJECT
Tak percaya?
Cubalah tanya saya... cepat email saya di:
*
*
*
Hantar email free sahaja... apa salahnye :)
Cepat.. cepat!!
Jangan sampai kehabisan stok pulak tau!!
*
*
*
Chalo darlings!

Tuesday, September 01, 2009

SUSUK... 5 minit je nak pakai!!

Dear Bloggers...

Zaman sekarang dah moden...
warga Malaysia pun dah naik ke bulan!
Walaupun begitu..
ramai juga orang yang masih
mengamalkan SUSUK
Kalau tidak
takkan le ade filem ni...

Korang sempat tengok ke?
Aku tak sempat laa
OK tak cite dia?
Ramai yang kata best

*
*
Susuk tu dah nyata-nyata haram...
sudah la tu, banyak la pulak
pantang larangnya
Tak boleh makan sate la...
tak boleh makan labu la...
tak boleh lalu bawah ampaian kain la..
dan macam-macam lagi lah!
Manusia ni kadang-kadang sesaja buat tak tau
demi mengejar duniawi
*
*
*
Tapi today...
aku nak cerita pasal
SUSUK MODEN
InsyaAllah halal

Pemakainya akan menjadi 'kebal'
kebal dek 'tusukan arjuna'... hehehehe
InsyaAllah tusukan itu tidak
membuahkan 'hasil' la
'Kekebalan' itu juga memastikan
si pemakainya sentiasa ramping
dan mengekalkan bentuk badan
seperti anak dara
tapi bukan masuk jarum emas... or jarum berlian
tapi jarum plastik
Proses memasukkan susuk tidaklah sakit
dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja
Walapun susuk ini harganya agak mahal...
tetapi kesan positif daripada pemakaiannya
dianggap berbaloi
Anda berminat?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Inilah dia SUSUK itu

IMPLANON
Kita cite yang simple-simple aje

Coz kalau nak baca yang lebih lanjut...
korang leh klik kat
http://www.implanon.com.my/bm/whatisimplanon.htm
ada BM dan BI... very informative
video ringkas cara memasukkan dan mengeluarkan
Implanon pun ade kat website tu
Tak payah le nak kopi pes kat sini ye
*
*
Ramai yang cam ngeri bila nak masukkan
Implanon di bawah kulit
Implanon ni sebenarnya kecik je

Tu... yang kaler putih macam
pencungkil gigi tu
Kecil sangat... susah sikit nak snap pic
almaklum le amatur berkamera cikai sahaja
Tak puas hati?

OK... ni ada gambo lagi



Side by side dengan jarum peniti tudung
alaaahhh.... jarum standard yang semat tudung tu


Masa nak masukkan tu...
nampak macam sakit
Tapi jangan risau...
Dr dah bagi ubat bius cukup-cukup
rasa kulit kene sentuh je
tapi tak sakit
Kalau takut... takyah tengok
paling je muka ke arah lain
5 minit je siap!
Series cepat
Takde jahit-jahit
Takde berdarah-darah
Letak plaster kecik je memadai


Hasilnya....

Yang ni bukan tangan tuan punya blog
Tangan tuan punya blog extra gebus...
so Implanon tu cam tenggelam di dalam lemak
hehehehehe

Kalau lalukan jari atas kulit tu...
boleh rasa Implanon tu
Kalau tekan-tekan sikit pun tak sakit
Tak menjejaskan fungsi tangan ke apa ke
Sehari dua tu cam sengal-sengal sikit...
lepas tu tak rasa apa dah
Memang Implanon ni Dr akan masukkan
bawah kulit bahagian lengan kiri atau kanan je
*
*
Jangka hayat Implanon ni TIGA tahun...
sepanjang TIGA tahun tu
InsyaAllah takde masalah
dan so far takde lagi la laporan kes mengatakan
Implanon ni bertukar tempat ke...
absorb dalam kulit ke
Dr masukkan bawah kulit je..
so jangan risau ye
*
*
Takut lupa tarikh nak keluarkan?
Jangan risau...
kalau kita masukkan Implanon...
Dr akan bagi card Implanon
ada date of insertion...
dan date of removal
dan kat lengan sebelah mana Implanon tu



Jadi... simpan sahajalah di tempat selamat

*
*
Bila sudah tamat tempoh TIGA tahun...
bolehlah keluarkan Implanon tu
Kalau terlambat sikit pun takpe...
Implanon dalam lengan tu tak datangkan mudarat
Cumanya.... dah tak protective aje lah
Kalau dah expire... terlupa... dan ter'projek'
alamat 'kekebalan' tiada lagi la!!!
Kalau tiba-tiba nak keluarkan before TIGA tahun,
boleh aje
Takde pantang larangnya
Time nak keluarkan tu nanti...
Dr akan cucuk ubat bius setempat kat
tempat masuk Implanon tu
Dr akan potong sikit...
sekadar membolehkan hujung Implanon itu kelihatan
Then Dr akan tarik je keluar
Dalam 5 minit je siap!
Tak payah jahit pun tempat Dr potong tu
coz kecik je luka dia
Hardly any blood loss!!
*
*
*
Ramai yang lebih selesa dengan cara
perancang keluarga sebegini
Tak payah nak cucuk-cucuk bontot
Tak payah nak telan pil hari-hari
Tak payah nak beli 'stokin'
Tak payah nak kira-kira tarikh
Tapi terpulanglah kepada individu masing-masing
Kalau ada sesiapa yang nak bertanya...
bolehlah tinggalkan pertanyaan di comment box saya ye
InsyaAllah saya akan membantu seboleh daya
Kalau tidak...
rujuk sahaja ke Dr yang bertauliah
InsyaAllah kemusykilan anda akan terjawab
*
*
Chalo darlings!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...