Friday, December 04, 2009

A few things WORTH mentioning....

Dear Bloggers....

Kota Kinabalu Escapade

Hotel yang best...
Kalau ada budget lebih,
boleh la menginap kat Le Meridean Hotel.
Terletak betul-betul opposite Pasar Kraftangan,
Filipino Market, Pasar Ikan Masin...
walking distant to Waterfront, Centerpoint dan
Warisan Square. Convinient!!
Save budget coz tak payah sewa teksi.
Hotel pulak 5 star… cun!


Naik teksi di Sabah...
Sekali naik, walaupun 5 minit je… minimum RM10.
Ala-ala pukul rata la tambang teksi kat sini
kalau nak travel short distance.
Kalau dari KK town ke Jesselton point… RM15.
Ke 1 Borneo RM20… ke Kota Kinabalu Park RM80 (1 way).
Teksi ada 24 hours... cuma kinda pricy
coz diaorang tak pakai meter.
Tapi… kalau nak sewa kereta pun, payah gak nak parking n all.
Nak baca peta lagi… leceh la jugak untuk 1st timer macam kami ni.
All in all… roughly dalam sehari tambang teksi around
RM60-RM100 kalau travel dekat-dekat je.
Well… much cheaper then nak sewa kete…
isi minyak and bayar parking!!
Apa-apa pun... naik teksi convinient!!
Just sit back and relax.

Fresh water pearl VS salt water pearl...
Fresh water pearl a.k.a. cultured pearl – pearl yang di’ternak’.
Salt water pearl… yang original, 'hidup' sendiri...
kene menyelam laut untuk mendapatkannya.
Kalau nak tau pearl tu original ke tak… senang je.
Kalau kikis keluar serbuk putih… original la tu.
Kalau dibakar, tak cair… original la tu.
Macam mana plak dengan fresh water VS salt water pearl?
Kalau fresh water (cultured pearl)…
bentuknya lonjong sikit macam kentang.
Kalau salt water pearl… bentuknya bulat je… cantik je.
So of coz le fresh water pearl jauh lebih murah
berbanding salt water pearl.
Kat Pasar Kraftangan tempoh hari…
gelang salt water pearl saiz sederhana roughly around rm80-90…
where as yang fresh water pearls… around RM45-55 gitu.
Apa-apa pun... dua-dua pun cantik!!



Cili Sabah
Mak datok!!! Series kecil-kecil cili Sabah!!
Sangat pedas giler OK.
Majoriti kedai makan kat Sabah ada cili Sabah kisar dan kicap atas meja
Rasa cili Sabah kisar campur cuka ni ala-ala Tabasco..
tapi extra pedas.
So kepada yang perut 'manja' tu....
hati-hati tau!!
Nanti perut meragam... tak enjoy pulak nak jalan-jalan...



Kedai kat Sabah
Kat Sabah... Subuhnya awal...
so majoriti kedai bukak awal
Kedai perm rambut pun... pukul 830am dah bukak!!
Tapi tutupnya pun awal jugaklah
By 9pm majoriti dah tutup
Kita yang kat KL ni maybe tak biasa dengan timing Sabah
So.... kalau nak shopping, keluar awal kay!

Itulah saja serba sikit coretan saya....
first timer ke Kota Kinabalu, Sabah
InsyaAllah ada rezeki... saya nak ke Sabah lagi
Teringin nak ke Gunung Kinabalu
Kalau tak larat nak memanjat sampai ke puncak gunung....
sampai ke Taman Kinabalu pun jadilah
dan ke Nexus Karambunai of coz!!
Oh ye... kali ni nak redah jugak Pasar Filipina...
nak makan BBQ chicken wings dan seafood di sana!!
Apakan daya la trip kali ni cuaca tak mengizinkan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...