Dear Bloggers...
Happy je tengah hari ni... almaklum la dapat lunch on time... hehehe
Lauk-pauk kat cafe pon masih meriah lagi... alamak rambang mata!
Rosak diet... kuang kuang kuang!!
Dok sembang-sembang dengan kawan sambil makan...
bermulalah satu cerita...
*
jeng
*
jeng
*
jeng
*
Cerita ni bukan hal ehwal dunia....
Cerita ni bukan pasal artis Malaysia...
Cerita ni bukan gosip hangat...
tetapi hanyalah realiti kehidupan
membuka mata... meruntun jiwa...
sedih dan sayu mendengar cerita....
Jom... saya berkongsi bersama...
kita fikir sama-sama
*
*
*
Kawan saya kata....
Ada kakak ni...
umor baru je 35 tahun,tapi anak dah 9 orang beb!!!
Bukan tu saja... la ni pun tengah pregnant 4 bulan
Yang sedihnyer...
dia sedang meghidap
kanser payudara tahap 4 (tahap paling serius)
Kanser tu dah detected since end of 2007 lagi
Dah jumpa Dr pakar kat Putrajaya...
dah start chemotherapy pun
Tapi... dia berenti setengah jalan, tak complete chemo pon
Then duduk umah dendiam....
Suami pulak buat tak tau je.
Sampai la sekarang.... kanser payudara tu makin membesar...
dah macam ulcer besar kat dada dia...bernanah dan berbau...
sakit atau tidak, hanya kakak tu saja yang tau
Subhanallah!
*
*
Kesian kakak ni...
husband dia barulah nak bawak ke hospital...
suruh Dr buat rawatan segera...
suruh Dr sembuhkan isteri dia!!
*
*
PERSOALANNYA:
1. Kenapa baru sekarang nak dapatkan rawatan?
2. Kenapa dah confirm isteri tu ade kanser payudara,
masih nak suruh dia hamil?
3. Sekarang ni kanser payudara tu dah serius,
apa akan jadi pada isteri tu?
4. Kalau isteri tu nak menjalani pembedahan dan chemotherapy...
apa akan jadi pada bayi dalam kandungan?
5. Kalau isteri tu dibiarkan begitu saja...
jangka hayatnya dah tak lama lagi...
Apa akan jadi pada 9 orang anak kat rumah tu?
Oh tidaaaaakkk!!
*
*
Kenapa jadi macam ni?
Kenapalah malangnya nasib kakak ni?
Memanglah ajal maut, sihat sakit, kaya miskin kuasa Allah..
tetapi kita selaku hambaNya yang kerdil...
bukankan kita masih boleh berusaha?
Berusaha supaya dijauhkan dari segala yang membawa
susah dan derita...
Berusaha mencari penawar ketika tidak sihat...
hanya MATI yang tiada ubatnya!
*
*
Bloggers sekalian...
Banyak iktibar dari cerita ini,
marilah kita hidup berpesan-pesan...
1. Kalau sakit, cepat-cepatlah berubat...
jangan tunggu sehingga terlewat
2. Buatlah pemeriksaan kesihatan berkala....
kalau tak pasti, sila rujuk kepada Dr di klinik berdekatan
3. Kalau kita sayangkan seseorang itu...
janganlah kita biarkan dia merana,
semata-mata untuk kepentingan kita
Dan banyak lagi makna yang tersirat untuk kita
sama-sama halusi di sini
Semoga segala apa yang diceritakan di sini,
tidak menjadi sajian mata cuma...
WallahuAlam
*
*
Chalo Bloggers!!
No comments:
Post a Comment