Dear Bloggers...
It's OK...
it's alrite....
Today nak cite gak pasal ibu... hehehe
Kalau kita sayang kat seseorang tu...
anytime.. anywhere...
Aku memang anak mak...
dari kecik tak penah berenggang...
Tadika... Sekolah Rendah.... Sekolah Menengah...
semua dok umah...
Time keje... time bujang....
Tak kisah la orang nak kata apa...
yang penting...
mak tau kat mana aku.
Mak tak pening kepala, sakit-sakit dada...
memikirkan makan minum... sihat demam aku.
Dah kawin....
dah ade suami...
dah ada anak...
manja gak celah ketiak mak.
Rumah kitaorang pun...
dekat je dengan umah mak.
Ditakdirkan...
Allah bagi jodoh pun dengan...
Kawan aku hantar email ni....
touchy sangat...
sedey oo baca...
sayu je hati...
bergenang air mata...
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....
mak Bila lapar, yang suapkan aku....
mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh meceriakanku hanya....
mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak Bila takut, yang tenangkan aku..... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak Aku selalu teringatkan.... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....
mak Bila bengang.. aku suka luah pada....
mak Bila takut, aku selalu panggil.... "
mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung,
yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak Yang selalu berleter kat aku.... mak
Yang selalu puji aku....
mak Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin....
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
mak Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
“Selamat Hari Ibu”
Selalu.... aku ingat pasanganku
Selalu....
mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk mak
*
*
*
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak...
lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata jika kita mendengarnya.
*
*
*
Tapi kalau mak sudah tiada..... .
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
*
*
*
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat
dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
*
*
*
Seorang anak mendapatkan ibunya
yang sedang sibuk menyediakan
makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan
di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu
membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen
dan menulis sesuatu di belakang
kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca
apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar"
pada mukasurat yang sama ditulisnya.
*
*
*
Auwww.... sooo sweet...
sedih pun ade gak...
walaupun untaian kata-kata je...
tapi makna tersirat cukup mendalam.
Manusia ni...
kadang-kadang alpa dengan hal dunia...
sibuk mengejar kebendaan...
sekali-sekala tu...
telefonlah ibu kita
ajak-ajaklah kuar makan bersama...
"mengukur" shopping complex sesama...
Asyik kita je yang beli baju baru...
asyik kita je yang beli beg branded...
asyik kita je yang makan mahal...
kalau ade rezeki lebih...
apa salahnyer belikan untuk ibu kita.
Kalau dinilai pengorbanan ibu...
lagi mahal daripada beg LV...
lagi ekslusif daripada beg Chanel 2.55
lagi canggih dari jam tangan Tag Haeur
lagi berharga daripada cincin berlian 10carat pun!!
Ketika ibu masih ada...
hargailah dia :)
Sesugguhnya SYURGA itu...
di bawah TELAPAK KAKI IBU!