Showing posts with label Mencari maid. Show all posts
Showing posts with label Mencari maid. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

Maid ku menari POCO-POCO!!

Dear Bloggers...

Genap seminggu maid baru di rumah
Di suatu malam yang hening dan bening....
sambil kitaorang dok tengok drama kat hall
tiba-tiba Ros (maid baru) kata...
"Saya selalu menari poco-poco bu"

Apa!!!?? 
Ko dok seminggu beronggeng 
kat umah aku ye??


Ini boleh mendatangkan marah!!!

*
*
*
*
*
*
*

Jangan panik kawan-kawan sekalian....
Ros pun memulakan cerita

QUICK UPDATE
Seminggu Ros kat umah ni....
keje memang tip top

Sapu dan mop setiap hari... siap gulung carpet before start bekerja
Peti sejuk dah lap luar dan dalam... susun balik semua isi
Sofa, meja makan dan kerusi makan dah lap
Tingkap dah grill dah berkilat
Toilet dah basuh 3 hari sekali
Semua bingkai gambar... cermin besar kat hall beres dilap
Kuali hari-hari cuci dan gosok bontot buang kerak
Kaftan pakai tido pun siap gosok!!
Dan macam-macam lagilah portfolio Ros
Pendek kata.... alhamdulillah
PUAS HATI

Poco-poco tu apa cite?
Gini.... agensi ASAL BAHAGIA ni 
ada training center kat Indonesia
Ada 4 trainers yang garang and strict nak mamp*s
Siapa yang mendaftar nak jadi maid kat Malaysia...
mesti masuk training center 4 bulan

Jadual ketat gile...
4am mesti dah jaga.... siapa lewat.... free free kene simbah air!!
Siap mandi and all
5am semua turun bawah bersenam poco-poco
perrrghhh!!! happening siot!!
Lepas Subuh... sarapan
Then mulalah training... sampai 2pm... lunch
Lepas lunch sambung balik training...
dinner.... 10pm tido

Belajar mop... cuci tandas... basuh mobil... potong sayur...
kemas bilik... gosok baju... basuh baju... lipat baju.... etc
Hatta segala keje basic rumah tangga di ajar

Setiap tugas mesti dihabiskan dalam julat waktu tertentu
Kalau lembab.... kerja main-main... kerja cincai
siap la tebal telinga kene maki
kaw kaw punye!!

Fuiyooo!!!

Mencabar gile beb
Pastu ada SESI PERCUBAAN
4 bulan di Jakarta
Kalau pas... baru leh naik kapal terbang ke Malaysia

Patut le keje Ros tip top
Harap-harap... jangan le lama-lama nanti jadi malas ye
InsyaAllah

Gitu le citenye... so far tuan rumah senang hati lantai berkilat, 
semuanyer bersih dah teratur

Yahoooo!!


Chalo bloggers :)



Friday, April 23, 2010

FINALLY!!

Dear Bloggers...

Akhirnya yang ditunggu-tunggu sudah tiba!!

Seperti yang dijanjikan oleh  
ASAL BAHAGIA...
maid sampai dalam jangkamasa sebulan
So far so good
Alhamdulilah
kerja rajin.. kemas.... pembersih...
suara lembut... pandai layan Amirul

Well... maybe it is too early to judge her
tapi buat masa ni kira puas hatilah
Harap-harapnyer.... berterusan lah berkerja macam ni

Nanti-nanti I cite lagi ye...
kot-kot ada bloggers yang nak address agensi....
just email me :)

Chalo bloggers!



Wednesday, March 17, 2010

BOOKING sudah....

Dear Bloggers...

Oleh kerana dah impress punyer pasal dengan
ASAL BAHAGIA
kitaorang pun decide nak booking le
minah Indon sorang ni

Muda lagi.... umo 21 tahun...
tapi dah kawin and ada anak sorang umo
setahun setengah...
Pastu ada experience 2 tahun jadi babysitter kat Jakarta

Haa!!! Penting ni coz bukan calang-calang
orang yang larat nak jaga hero kecik saya!
Hero kecik ni baran... garang... pantas dan tuntas....
kalau dia tak puas hati.... mau maid jadi mangsa dera...
kene gigit and ketuk dengan lego dan
kadang-kadang sudip, senduk dan tapis!!

*gambar hiasan yang digoogle...
lokasi kejadian sebelum ni ala-ala cenggini la..
hehehe

Aside from that... maid ni claim dia
boleh masak tumis-tumis, sayur dan rendang
dan banyak la kriteria lain yang memenuhi citarasa
kami sekeluarga :)

Gaji RM550 sebulan
Nama Rosdiana
Fuiyooo.... kalau zaman kemaruk 
pakai nick Rosdiana....
pastu parking nick kat #kampung #dataran #surau
sure berderet pakwe-pakwe dok tanya a/s/l!!!
Hahahhahahaha :)

Agensi ni charge RM7815 untuk memohon
siap semualah... FOMEMA bagai....
and this payment
includes 6 bulan gaji maid
Hmmm.... so untuk agensi RM4515

Payment deposit dibuat rounghly 2weeks ago...
dokumen-dokumen pemohon dah submit a few days after
Agensi tu kata by mid April
availablelah Rosdiana ni
Hmmm..... we'll wait and see lah ye :)
Nanti saya update lagi!



Chalo bloggers!!



Tuesday, March 16, 2010

ASAL BAHAGIA

Dear Bloggers...

Haa... jom sambung cite semalam

Untuk pengetahun korang...
ni fisrt time I memohon maid via agensi ek...
maid yang dulu tu setakat tukar majikan
daripada maid jiran sebelah umah mentua ke
my house je tau... tu yg macam blur-blur ni

Kepada bloggers lain yang nak berkongsi cite
yang sama... amat-amatle dialu-alukan :)

*
*

Lepas menyatakan hajat nak pohon maid...
staf agensi ni pun hulur 6, 7 keping clear file
calon-calon maid yang ada

Pergghhh....
siap ada gambo penuh saiz 3R and full biodata
Oh!! Siap dressing ala-ala
FRENCH MAID
in pink!!!

Asal mana... nama suami... nama mak bapak...
umo anak... pengalaman bekerja.. etc
Macam nak audition
hehehehhehe :)

Kat bahagian belakang plak siap ada soalan ya atau tidak
Contohnye...
Anda boleh memasak... sila nyatakan masakan
Anda boleh menjahit
Anda boleh menjaga orang sakit/tua
Anda takut tinggal seorang di rumah
Anda takut haiwan (kucing/anjing) - yang ni macam lawak!!
Huihh.... ada la dekat 20 soalan
Pastu tulis preferences lak between
Menjahit... menjaga anak.... mengemas.... memasak
Mak ai... series detail

Pastu agensi ni tak izinkan maid pakai handphone
Takde terikat dengan kene bagi cuti weekend...
outing etc

Agensi ni claim yang semua calon maid yang dikemukakan
dah dilatih di Indonesia oleh 'ibu-ibu' yang expert
Kat Malaysia pun ada 'ibu-ibu' yang boleh
bagi kaunseling kalau maid ni cam buat perangai
bila dah start keje nanti

Hmmm.... apa pendapat korang?
Memang semua agensi kata cenggini ke?
Ni taktik bisnes agensi ke?

Personally... I am impressed
Macam beriyer la agensi ni nak provide maid
Harap-harapnyer tak le indah khabar dari rupa je

So.... next apa jadi??


Disclaimer:
Entry ni bukan nak cerita kehebatan
agensi ASAL BAHAGIA tau...
coz tak tentu pun lagi maid yang dibekalkan tu
boleh pakai dan memenuhi citarasa
Buat masa ni semuanyer dalam proses

Kita sama-samalah tengok progress...
kalau agensi ni OK....
leh la sapa-sapa yang nak cari maid
memohon pada agensi yang sama

Chalo bloggers!!



Monday, March 15, 2010

Pencarian BERMULA!!!

Dear Bloggers...

Dah lama kita tak omong-omong kosong kat
CHICKSTUFFS kan?
Asyik shopping je... wallet pun dah nipis!

Hmmm.... mesti ramai di antara korang yang dah melalui
PENCARIAN ini kan?
Ada yang berjaya dengan cemerlang....
ada yang terkandas di tengah jalan....
ada yang dah jumpa tapi kecewa....
ada pulak yang tak pernah mencari.

Cari apa ek?

*
*
*
*
*
*
*
CARI ini le....

Errkk... a FRENCH MAID kah?

Hahaha.... of coz not!!
INDON MAID to be exact :)
Apakan daya kan.. Melayu kita mana ada yang
nak jadi maid dah zaman orang
Malaysia dah naik ke bulan ni!

Kalau cite pasal maid ni... sampai ke pagi esok pun tak sudah
Ada je fiil pelik dan jelik yang diaorang ni amalkan
Dah ditegur pun kadang-kadang cam cakap ngan
pasu bunga
Takde pekdah!!

Ok ok... takmo dah cakap bab tu...
nanti bertukar jadi
RAKSASA
yang amarah!


Maid yang current ni dah macam tak larat je
nak mengejar hero kecik
yang sangat le nakal dan lasak Ya Rabbi ni!
The maid is kinda berumur dah pun

So... my mom pun dengan baik hatinyer tolong carikan
Jumpa le this agensi kat Klang bernama
ASAL BAHAGIA
Wahhh!! Nama cam agensi cari jodoh!!!

Agensi ni ada a few more cawangan kat Puchong dan Pantai Timur
Dah dekat 10 tahun kat Malaysia
So we all anak beranak pun gi lah ke agensi ni
Ofisnyer kemas, teratur dan bersih
Staf yang on duty on that weekend semuanye from Indon
Tapi set set yang educated... pandai komputer...
and pandai cakap omputih la :)
Pandai melayan pelanggan... very informative...
very helpful and understanding
First impression so far so good

Apa jadi seterusnya ek?
Haaa.... nanti kita sambung cerita ceriti kay :)

Chalo bloggers!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...